"Being Unique

Is All About Being Different ."


Perantau .Saturday, December 14, 2013Leave a comment

Assalamualaikum :)

Kehidupan sebagai student bukan mudah , Bersyukur lah kalau dapat belajar dekat dengan rumah sendiri . ada kemudahan semua . Bagi yang selalu di lempar jauh jauh tu , bersabar . Mungkin ada hikmah kita dihantar ke tempat yang jauh di rumah . Percayalah , 


Mula mula dihantar jauh bila , dapat PLKN Kuala Kangsar , takjauh sangat , tapi hanya Allah yang tahu betapa rindunya kat family , sebab sebelum ni takpernah berjauhan sikit pun dari rumah . Tapi , Alhamdullilah , Allah hantar seorang kawan lama aku kat situ . Nama dia Azimah  , setelah hampir 6 tahun lost contact , kami jumpa balikkk kat situ . see ? 

Lepas dah selesa dekat situ , ditukar pulak ke PLKN Reluk Rubiah kat Manjung tuuuuuu . Mau tak nanges lagi . Sekali lagi terpisah dengan kawan baik . and once again , secara taksengaja ada classmate sekolah rendah kem dekat situ jugak . Walau kat mana Allah hantar aku , mesti akan ada seorang yang akan jadi teman aku bila kat tempat orang . Allah tahu , aku tak kuat bila sorang sorang :)

Bila dapat continue belajar plak , dapat dekat Jitra , Kedah . Jauh gilerrr kut ! First month dekat situ memang masalah sangat . Sebab takbiasa buat semua sendiri . Selalunya , semua harapkan Mak je . Tapi , bila dah hidup sendiri mula lah belajar berdikari . Bangun sendiri , basuh baju sendiri , beli makanan sendiri , buat keputusan sendiri dan macam macam lah . Bila dah duduk tempat belajar ni , mulalah kenal pelbagai jenis manusia dari merata negeri , Kelantan , Kedah , Perlis , Melaka , Johor dan mula belajar berkawan . Dan juga dapat kenal dengan classmate yang boleh jadi kawan rapat baru kat sana . Kat sini pun ade peneman jugak , nama dia Luqman , jiran aku dan juga classmate aku .



Sebelum masuk praktikal , dihantar pulak ke Melaka untuk kursus selama 2 minggu . Dah la time pergi tu takkenal sapa sapa pun . Even , Melaka pun takpenah jejak kaki lagi . First time la katakan . Tak excited langsung sebab time tu , tau nak nges and nak balik je . Tp , Alhamdullilah , dari kursus tu , dah dapat belajar macam macam dan dapat ramai kawan baru jugak . So , memang bertuah la sebab dapat pergi kursus tu . dekat sini peneman aku Wida . Walaupun baru kenal , Wida ni memang easy going . 

Next , hidup di Penang . nampak mudah kan ? tapi sebenarnya susah sangat . Penang always busy and jem . Kilang pulak jauh dari bilik sewa , nak pergi keja pun terpaksa tumpang orang lain . Nak balik Taiping pun , macam macam transport kena naik . rapid , feri then bas ekspress . Tapi alhamdullilah , kemudahan yang Allah bagi , aku dapat sewa bilik sekali dengan kawan kawan baik aku . Mimiey dengan Fizah . Mimiey pulak orang Penang , so takda masalah lah setakat nak tau jalan jalan Penang ni . Memang dekat sikit dengan family . tapi dalam setiap kelebihan pasti ada kekurangan kan? walaupun dah dekat malangnya Praktikal ni takbanyak cuti sangat . so , nak balik Taiping pun rasa cem rugi duit ja . Minggu ni dapat lah balik kejup sbab dah start rindu rumah . Tapi kejup sangat rasa and esok nak kena balik Penang balik .



Kakak aku kata , hidup aku baru sikit ni . Banyak lagi tempat aku kena pergi . In Shaa Allah , ada rezeki , aku nak continue study lagi , kalau boleh nak pergi lagi jauh . Johor ke , Overseas ke . Mesti best gilakkk youuuuu ! Walaupun hati berat nak pergi jauh , tapi teringin plak nak merantau tempat orang . belajar tentang benda benda baru . Moga moga , Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat aku , Amiin ~





Copyright ©.Layout by Evangelista.. All rights reserved 2011-infinity.