"Being Unique

Is All About Being Different ."


Sayang ♥Saturday, May 11, 2013Leave a comment

Menyayangi memang membahagiakan terutama apabila orang yang kita sayang tu , sayang balik kat kita . Perasan tak , bila kita sayang seseorang tu , kita sanggup buat apa saja untuk dia . contoh . tahan mengantuk semata mata nak otp / text / bbm / whatsep / wechat dengan dia . taklupa jugak , goggle ayat ayat jiwang karat punya . hanya semata mata nak suruh dia baca dan untuk meluahkan perasaan kita pada dia .  Bila dah sayang , jangan tanya kenapa yang buruk pun nampakk baik je kan ? Buruk lah macam mana pun , mesti korang akan cari penjelasan yang  baik baik sebab tanak nampak keburukan dia .


Tapi berbeza pula disayangi . Bila disayangi , sama jugaklah macam atas tu , cuma orang lain buat kat kita . Always ada yang bertanya khabar , ada yang menjaga kita , ada yang sentiasa ada dekat dengan kita walaupun sebenarnya jarak kita berdua , jauh beribu batu . Tanpa kita minta , dia memberi . Tanpa kita bertanya dia menjawab dan tanpa disuruh dia melakukan semuanya . Itulah disayangi . 



Lain pula apaila saling sayang menyayangi . itu merupakan perasaan terindah dalam perhubungan , kedua duanya saling memerlukan . Saling memahami dan bertolak ansur . Ini kerana , kedua dua tidak sangup kehilangan antara satu sama lain . Tapi bukan senang nak jumpa soulmate or half of diri kita kan ? Kadang kadang kita rasa she/he is the one . Tup tup , end up dengan orang lain jugak .


Kata orang  , lebih baik memilih orang yang menyayangi dan mencintai diri kita ikhlas seadanya . Sebab bila dah sayang tu , konpom lah dia takkan tinggal kita selagi kita setia kepadanya . Tetapi orang yang kita sayang , berkemungkinan akan berubah hati untuk mencari yang lain . Sebab , hanya kita selalu berusaha memperkukuhkan ikatan perhubungan , sedangkan dia ? hanya menjadi pelakon extra dalam perhubungan itu dan muncul apabila terasa dia memerlukan kita . 


Tetapi lebih baik mencari pasangan yang menyayangi kita dan kita pun sayangkan dia . Takdir itu merupakan sesuatu yang kita tentukan , tetapi Jodoh itu semua rahsia Allah . InsyaAllah  . Even better :)






Copyright ©.Layout by Evangelista.. All rights reserved 2011-infinity.