"Being Unique

Is All About Being Different ."


WANITA .Monday, December 19, 2011Leave a comment

NON-MUSLIM : Kenapa lelaki tidak dibenarkan bersalam dengan wanita muslim ?
MUSLIM : Adakah anda dibenarkan bersalam dengan Ratu Elizabeth ?
NON-MUSLIM : Sudah tentu tidak , hanya orang tertentu sahaja dibenarkan berbuat sedemikian .
MUSLIM : Begitu jugalah dengan wanita muslim . Kami menjaga kemuliaan wanita muslim seperti kalian menjaga kemuliaan Ratu Elizabeth . 
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi qalbu (hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya." Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.
Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.



Apa-apa jenis keganasan adalah tidak direstui oleh ajaran Islam. Kitab suci al-Quran amat menekankan kasih sayang, kehalusan budi dan keadilan di dalam perhubungan antara anggota keluarga dan melarang segala jenis kezaliman.

Aishah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah memukul pesuruh atau isteri Baginda, dan Baginda tidak pernah memukul sesiapa dengan tangan Baginda sendiri.

Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda bahawa, “Yang paling baik di kalangan kamu adalah mereka yang paling bersopan terhadap isterinya.”

Perlu dinyatakan bahawa perbuatan suami yang memukul isteri boleh dianggap sebagai suatu penganiayaan. Perbuatan ini adalah salah di bawah Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.Sekiranya suami disabit kesalahan menganiayai isterinya maka beliau boleh dihukum denda sehingga seribu ringgit atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. Ini adalah terturut di dalam Seksyen 127 Akta. 


TETIBA je mood aku nak post pasai wanita , maybe sebab banyak kes pukul wanita kan sekarang . Wanita dah tak bermakna sekarang . Suka , disayangi . Benci , dipukul , dibuang . Okay , baca , dan fikir fikir kan lahh . Wanita bukan untuk melempas kan geram , benci dan marah . Ingatlah , wanita itu perlu dihormati , dilindungi dan disayangi . 

cintai mereka seadanya apabila mereka menjadi milikmu :)





Copyright ©.Layout by Evangelista.. All rights reserved 2011-infinity.